Sunday, November 27, 2011

Menghantar file menggunakan Soket UDP

Pengenalan
User Datagram Protocol atau UDP merupakan protokol yang ringkas. Protokol ini tidak boleh dipercayai - Apabila data dihantar, ia tidak dapat dipastikan sama ada data yang dihantar itu tadi sampai ataupun tidak. Pada protokol ini, tiada konsep pengakuan(acknowledgement), penghantaran semula(retransmission) ataupun masa tamat(timeout). Apabila data dihantar, kemungkinan data yang sampai tidak tersusun. Data dalam susunan 1,2,3 dihantar kemungkinan diterima dalam susunan 2,3,1. Oleh itu, penghantaran fail menggunakan protokol UDP adalah sedikit susah.

Thursday, November 17, 2011

Sing with Songsmith




Even sing alone? Ever thought about writing your own music? Most people never get a chance to try. But, Microsoft Research with their partners: GarritanPlogue and PGMusic developed a computer applications, called Songsmith to help you created a fresh song complete with musical instrument.

Bernyanyi bersama Songsmith



Pernahkah anda menyanyi atau bersenandung sendirian? Pernah terfikir untuk menulis seni lagu anda sendiri? Kebanyakan orang tidak berpeluang untuk mencubanya. Namun, Microsoft Research dengan usahasama Garritan, Plogue serta PGMusic telah membangunkan applikasi komputer Songsmith bertujuan untuk anda mereka lagu lengkap dengan alatan muzik.

Malaysia Creative Pitch

Bersempena dengan Festival Filem Malaysia ke-24, Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim dengan kerjasama Persatuan Penulis Skrin Malaysia (SWAM) buat pertama kalinya telah menganjurkan Malaysia Creative Pitch (MC Pitch) yang akan berlangsung di Kompleks Studio Merdeka, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Hulu Klang, pada 17 November ini.

Program ini terbuka kepada sesiapa sahaja dan bertujuan untuk orang ramai memberi idea-idea kreatif dan bermutu kepada penerbit bagi tujuan untuk dikomersilkan. Dengan ini, secara tidak langsung akan membuka peluang kepada sesiapa sahaja untuk terlibat didalam bidang penerbitan.