Learn and Share the knowledge together. Focused on Multimedia, Graphics, Programming and Information Technology.
Thursday, November 17, 2011
Bernyanyi bersama Songsmith
Pernahkah anda menyanyi atau bersenandung sendirian? Pernah terfikir untuk menulis seni lagu anda sendiri? Kebanyakan orang tidak berpeluang untuk mencubanya. Namun, Microsoft Research dengan usahasama Garritan, Plogue serta PGMusic telah membangunkan applikasi komputer Songsmith bertujuan untuk anda mereka lagu lengkap dengan alatan muzik.
Songsmith adalah applikasi yang boleh membantu anda mencipta lagu dengan hanya merakam suara anda bernyanyi. Anda hanya perlu membuka applikasi Songsmith, pilih gaya muzik yang disukai dan klik butang rakam, kemudian nyanyilah apa-apa lagu yang anda suka. Selesai menyanyi, dengan hanya menekan butang Stop, Songsmith secara automatik akan mencipta iringan muzik serasi dengan suara nyanyian anda. Bukan setakat itu, nyanyian anda beserta iringan muzik yang baru dicipta boleh disimpan sebagai format audio dan boleh didendangkan kepada orang tersayang seperti ibu anda :)
Berminat? Anda boleh memuat turun percuma applikasi Songsmith di URL berikut: http://research.microsoft.com/en-us/um/redmond/projects/songsmith/download.html
Songsmith versi percuma hanya membenarkan penggunaan selama 6 jam.
Songsmith memerlukan sistem operasi Windows dan memerlukan Microsoft .NET Framework 3.0 (bagi Windows XP sahaja). Anda tidak memerlukan peranti tambahan selain daripada mikrofon.
Jika anda berminat untuk mengetahui bagaimana Songsmith berfungsi, anda boleh ke laman MySong project untuk membaca kertas penyelidikan hasil kerjasama Dan Morris dan Sumit Basu daripada Microsoft Reasearch serta Ian Simon, daripada University of Washington.
Homepage: http://research.microsoft.com/en-us/um/redmond/projects/songsmith/index.html
Download Link: http://research.microsoft.com/en-us/um/redmond/projects/songsmith/download.html
This article also available in English
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment